About Me

header ads

Lantik segera ketua kampung, MPKK, jangan ulangi kesilapan kerajaan lepas, kata Pemuda Umno Sabah


KOTA KINABALU:
Ketua Pemuda Umno Sabah, Abdul Aziz Julkarnain menyeru kerajaan negeri supaya mempercepatkan pelantikan ketua kampung dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di Sabah.

Katanya, kerajaan baru yang diterajui Gabungan Rakyat Sabah (GRS) harus mengelak daripada mengulangi kegagalan kerajaan terdahulu yang melambat-lambatkan pelantikan itu sehingga membantutkan pelan transformasi pembangunan komuniti setempat.

“Dalam keadaan kita menghadapi pandemik Covid-19, pastinya kita akan berhadapan cabaran yang besar dan luar biasa.

“Sudah tentu kita perlu menggunakan pendekatan yang efisien, teratur dan pantas agar dapat mendepani permasalahan dengan cara terbaik, sekali gus menyelesaikannya.

“Sehubungan itu, saya menyeru kepada kerajaan baru supaya menyelesaikan pelantikan jawatan seperti ketua kampung dan MPKK dengan kadar segera,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Abdul Aziz berkata, kegagalan berbuat demikian akan turut mengakibatkan wakil rakyat sukar melaksanakan tugas dan peranan mereka dengan baik kerana tidak mendapat kerjasama yang sewajarnya daripada pemimpin setempat.

“Justeru, kerajaan perlu mengambil serius isu ini agar pembinaan modal insan yang komprehensif untuk membentuk komuniti progresif di seluruh negeri dapat dilaksanakan selari dengan dasar dan polisi kerajaan yang baru,” katanya.


______
DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

Post a Comment

0 Comments