About Me

header ads

PM dijangka pengerusi mesyuarat khas Covid-19 esok


Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dijangka mempengerusikan mesyuarat khas berhubung Covid-19 esok, menurut Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa.

"Esok perdana menteri sendiri pengerusikan mesyuarat khas Covid-19. Semoga ada tindakan yang tegas dan segera esok," katanya ringkas di Twitter, hari ini.

Kementerian Kesihatan memaklumkan terdapat 287 kes baru hari ini, dengan kebanyakannya di Kedah (129), Sabah (113) dan Selangor (31).

Ia merupakan kes harian Covid-19 tertinggi sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu.

Dalam responsnya terhadap ciapan tersebut, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyuarakan harapan agar prosedur operasi standard (SOP) akan berjaya mengekang penularan Covid-19.

"Jangan terleka. Mari rakyat Malaysia keseluruhannya bantu memeranginya," katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Free Malaysia Today melaporkan Anggota Parlimen Klang Charles Santiago sebagai berkata, dia dan 64 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di daerah itu agar sekolah ditutup susulan peningkatan kes Covid-19.

Ia selepas dua pelajar SMK Pandamaran Jaya dilaporkan dijangkiti virus itu dan beberapa lagi telah diarahkan menjalani kuarantin.


______
DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

Post a Comment

0 Comments