About Me

header ads

Adib tidak ditarik keluar


SHAH ALAM - Pemeriksaan pada kecede-raan yang dialami Muhammad Adib Mohd. Kassim tidak menunjukkan tanda-tanda anggota bomba itu ditarik keluar secara paksa dari van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) semasa berlakunya kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya pada 27 November lalu.

Pakar Perubatan Forensik, Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Ahmad Hafizam Hasmi berkata, ia berdasarkan pemeriksaan klinikal ketika mangsa dirawat di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur dan keputusan bedah siasat selepas kematiannya.

Berikut sesi soal jawab beliau dan Pegawai Pengendali inkues, Hamdan Hamzah di hadapan Koroner Rofiah Mohamad pada prosiding hari ke-17 semalam.

Hamdan: Berdasarkan laporan bedah siasat, doktor kata tidak dapat ke­tepikan ada orang menarik mangsa?

Dr. Ahmad Hafizam: Ya. Berdasarkan bedah siasat, saya tidak dapat mengatakan mangsa­ keluar atau ditarik. Selain itu, tiada kecederaan pada anggota kiri si mati yang me­nunjukkan adanya kece­deraan ditarik. Untuk seseorang ditarik secara paksa, ada kesan genggaman pada bahagian yang ditarik itu, tetapi dalam kes ini tiada kesan pada anggota atas kiri si mati.

Hamdan: Boleh jelaskan maksudnya?

Dr. Ahmad Hafizam: Ia berdasarkan kesan pada bahagian lengan atas dan bawah serta tangan. Jika ditarik keluar, pasti ada tanda atau kecederaan pada bahagian kiri sebab itu sahaja kawasan yang boleh diakses.

Hamdan: Bagaimana (jika ada) kesan tarik pada baju mangsa?

Dr. Ahmad Hafizam: Jika ditarik pada baju, jelas kesan­nya pada kulit atau badan, tetapi dalam kes ini tiada.

Hamdan: Kalau ditarik pada kolar (baju)?

Dr. Ahmad Hafizam: Tiada sebarang kecederaan pada leher mangsa.

Hamdan: Adakah impak yang kuat itu terhasil daripada permukaan yang saiznya luas?

Dr. Ahmad Hafizam: Objek yang boleh menyebabkan kecederaan ini adalah daripada yang tumpul, keras, kasar dan lebar.

Beliau memberitahu, kepatahan yang dialami pada tulang rusuk kiri Muhammad Adib adalah mustahil disebabkan objek seperti belakang parang ke­tika ­mangsa berdiri.


DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

Post a Comment

0 Comments