About Me

header ads

Hasutan Guan Eng Cetus Malapertaka - Seng Giaw


KUALA LUMPUR 8 Mac - Tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mengeluarkan kenyataan berbaur ‘hasutan’ bukan sahaja akan mewujudkan situasi tegang antara kaum, malah dikhuatiri mencetus malapetaka.

Veteran DAP, Dr. Tan Seng Giaw yang kurang senang dengan perkara tersebut mengingatkan Guan Eng untuk tidak terlalu ‘obses’ berpolitik sehingga mengeluarkan kenyataan bersifat kebencian kaum.

Katanya, semua warga Malaysia termasuk para pemimpin perlu mempunyai rasa sayang dan cintakan negara pada tahap tertinggi.

“Kalau sayang kepada negara maka peliharalah keamanan, kesejahteraan, toleransi dan perpaduan antara kaum. Banyak perkara yang baik-baik boleh dilakukan oleh pemimpin daripada mengeluarkan perkataan yang sensitif.

“Sebab itu saya selalu menyatakan setakat berpolitik sahaja tidak cukup. Kalau cintakan negara, elakkanlah bercakap atau mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan antara kaum. Hormati sesama kaum.

“Dan Jangan mencetuskan kenyataan yang boleh memporak-perandakan negara hingga mencetuskan malapetaka,” katanya yang dipetik menerusi laporan MalaysiaGazette di sini hari ini.

Semalam, menerusi portal Malaysiakini, Guan Eng menyifatkan kerjasama di antara UMNO dan Pas sebagai satu ‘pengisytiharan perang’ ke atas masyarakat bukan Melayu sebelum kenyataan itu diubah daripada ‘pengisytiharan perang’ kepada ‘menyasarkan’. - UTUSAN ONLINE



DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/

Post a Comment

0 Comments