About Me

header ads

ISTITO'AH


Saya minta Dr Mujahid jangan kelirukan umat Islam dengan konsep istito'ah, dalam isu nak mengurangkan beban subsidi Lembaga Tabung Haji (TH).

Nyatakan masalah sebenar mengapa TH nak mengurangkan subsidi tersebut, dengan sokongan data dan fakta, tak perlu berselindung.

TH sepatutnya ditubuhkan bukan sekadar untuk umat Islam menabung untuk pergi haji, malah sebagai agen pelaburan bagi wang simpanan dan dipulangkan kepada penyimpan dalam bentuk dividen dan subsidi.

Inilah gunanya kita bertolong bantu sesama Islam, dalam bentuk organisasi kewangan terancang berkait ibadah haji yang memerlukan beban kewangan yang banyak.

Inilah konsep Siyasah Syar'iyah yang menunjangi kewujudan TH, iaitu untuk mencapai maslahat ibadat haji dan kemampuan kewangan ke arahnya, bertepatan dengan Maqasid Syari'ah.

Apa gunanya wujud TH jika kemampuan untuk menunaikan haji tidak berjaya ditingkatkan? Jika begitu, maka tiada beza simpan di TH atau di mana-mana institusi kewangan. Lebih baik TH jadi 'travel agent' sahaja.

Mohd Hazizi bin Ab RahmanNaib Presiden Berjasa


DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

Post a Comment

0 Comments