About Me

header ads

Kedudukan Mokhzani dalam badan sukan permotoran bukan nepotisme, kata Dr Mahathir


BANTING
: Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad hari ini menolak dakwaan nepotisme selepas anaknya, Mokhzani, dilantik untuk mengetuai persatuan sukan permotoran negara.

“Orang tuduh kita macam-macam kerana sebab politik dan praktikal” katanya selepas pelancaran satu acara berkaitan kelapa sawit, di sini.

Mokhzani merupakan presiden baru Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM). Beliau sebelum ini merupakan pengerusi Litar Antarabangsa Sepang (SIC) selama 13 tahun sebelum meletak jawatan pada 2016.

“Anak saya tak nak balik (ke dunia sukan permotoran) sebab dia kena belanjakan banyak wang semasa di situ,” katanya, merujuk kepada waktu Mokhzani berada di SIC.

Dr Mahathir juga berkata, selepas anak lelaki keduanya itu meninggalkan bidang sukan permotoran, jurutera petroleum yang kini ahli perniagaan itu dapat menyimpan banyak wang.

“Sekarang saya boleh minta wang daripadanya,” kata Dr Mahathir.

MAM yang diwujudkan pada 2009 berperanan sebagai badan pengawal, selain membantu kelab, pengurus acara, pegawai, peserta, operator komersial dan penaja bagi memastikan pertumbuhan sukan permotoran dalam pelbagai disiplinnya.

Objektif utama badan itu ialah merangsang perkembangan sukan permotoran Malaysia dan bakat tempatan di peringkat akar umbi.

FMT sebelum ini melaporkan bahawa kerajaan melobi supaya MAM dijadikan badan pentadbir bagi sukan motosikal beberapa bulan sebelum pendaftaran Persatuan Automobil Malaysia (AAM) dibatalkan kerana melanggar Akta Pembangunan Sukan.

MAM tidak boleh mengambil alih peranan AAM melainkan badan sukan permotoran antarabangsa mengiktirafnya.



DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

Post a Comment

0 Comments