About Me

header ads

‘Ku Nan kekal setiausaha agung BN, lantikan Nazri tak diperakui’


KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan mengumumkan Tengku Adnan Tengku Mansor kekal sebagai setiausaha agung BN kerana pelantikan Nazri Aziz tidak diperakui gabungan berkenaan.

“Sehingga kini Tengku Adnan masih kekal sebagai setiausaha agung kerana beliau tidak pernah meletak jawatan.

“Pelantikan Nazri sebagai setiausaha agung BN sebelum ini tidak diperakui kerana tiada konsensus antara parti komponen BN,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra, hari ini.

Isnin lalu, MCA dan MIC dilaporkan menggesa BN mengadakan mesyuarat peringkat tertinggi untuk membincangkan masa depan gabungan itu, dengan syarat Nazri tidak hadir.

Presiden MCA, Wee Ka Siong dan Presiden MIC, SA Vigneswaran dilaporkan berkata, kesahihan mesyuarat hari ini akan dipertikaikan kerana pelantikan Nazri ke jawatan itu tidak mengikut perlembagaan BN.


DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/

Post a Comment

0 Comments