About Me

header ads

PRK Rantau pada 13 April


PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan pilihan raya kecil Rantau akan diadakan 13 April ini.

Pengerusinya, Azhar Azizan Harun berkata, hari penamaan calon bagi kerusi DUN itu ditetapkan 30 Mac ini, manakala pengundian awal pada 9 April.

Katanya, PRK DUN Rantau dianggarkan menelan belanja RM1.8 juta.

“Daftar pemilih yang akan digunakan untuk PRK itu adalah Daftar Pemilih Induk 2018 yang dikemas kini sehingga 25 Februari lepas, yang akan mula dijual 14 Mac ini.

“Daftar pemilih itu mengandungi 20,926 pemilih berdaftar, terdiri daripada 20,804 pengundi biasa, 118 pengundi awal dan 4 pengundi tidak hadir luar negara,” katanya dalam sidang media di Putrajaya selepas mempengerusikan mesyuarat mengenai urusan PRK itu, hari ini.

Rantau ialah PRK ke-7 selepas PRU14, dengan PRK Sungai Kandis diadakan pada 4 Ogos lalu, DUN Balakong dan DUN Seri Setia (8 September), Parlimen Port Dickson (13 Oktober), Parlimen Cameron Highlands (26 Januari) dan DUN Semenyih (2 Mac).



DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/

Post a Comment

0 Comments