About Me

header ads

Streram dakwa telah difitnah


KUALA LUMPUR 10 Mac - Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Dr. S. Streram mendakwa beliau telah difitnah atas tuduhan gagal membayar balik hutang dipercayai berjumlah RM62,000 yang dipinjam daripada seorang ahli Parlimen PKR.

Menurut laporan Malaysiakini yang memetik Streram sebagai berkata, beliau telah selesai membayar hutang itu sepenuhnya.

Justeru, tegas Timbalan Ketua Cabang PKR Rembau itu, dakwaan tersebut adalah fitnah yang sengaja dilemparkan oleh segelintir individu dalam PKR sendiri untuk merosakkan imejnya.

“Saya mengakui memang menerima pinjaman daripada ahli Parlimen tersebut, tetapi telah pun membayar balik sepenuhnya.

“Saya tidak pasti sama ada, ahli Parlimen itu membuat laporan polis terhadap saya, tetapi, saya sudah pun membayar balik hutang itu. Ada orang sengaja tularkan isu ini untuk agenda peribadi,” jelas laporan tersebut hari ini.

Semalam, satu mesej tular dalam laman media sosial mendakwa ahli Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr. R. Santhara Kumar membuat laporan polis terhadap Streram atas dakwaan gagal membayar balik hutang yang dipinjam bagi tujuan pembelajaran anaknya.

Dalam pada itu, menurut laporan Malaysiakini, Santhara mengesahkan bahawa beliau telah membuat laporan polis itu.

Dakwa Santhara, wang tersebut adalah tabung simpanan bagi pendidikan anaknya.

“Ya. Ia adalah tabungan (pendidikan) anak saya yang berusia tujuh tahun. Saya mengambil masa bertahun-tahun untuk menyimpan wang sebanyak RM62,000 itu,” katanya.

Mengulas dakwaan Streram yang telah melangsaikan hutang tersebut, Santhara mendesak Streram mengemukakan bukti pembayaran balik hutang itu kepada pihak polis.

“Kalau Streram kata sudah selesai maka dia perlu kemukakan bukti pembayaran kepada pihak polis,” katanya. - UTUSAN ONLINE



DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

Post a Comment

0 Comments