About Me

header ads

Tak apa saya OK, kata Nazri ulas Ku Nan SU BN


Pemimpin Umno, Nazri Abdul Aziz ketika diminta mengulas kenyataan pemangku pengerusi BN Mohamad Hasan bahawa Tengku Adnan Tengku Mansor kekal sebagai setiausaha agung gabungan itu cuma berkata: “Tak apa, tak ada masalah. Saya OK.”

Terdahulu, Mohamad berkata kedudukan Ku Nan itu sehinggalah beliau meletak jawatan atau diberhentikan.

Sebaliknya, Nazri yang juga anggota Parlimen Padang Rengas berkata beliau mengharapkan bekas naib presiden Umno, Hishamuddin Hussein memegang jawatan itu.

“Saya sebenarnya mengharapkan Hishamuddin untuk jadi setiausaha agung, sebab Hishamuddin pun tidak ada sebarang jawatan buat masa ini.

“Dan dia pun sebelum ini sama-sama jadi ketua pemuda dengan Wee Ka Siong dengan Vigneswaran, malah Hishamuddin juga adalah bekas naib presiden, bekas menteri yang agak lama macam saya,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.


DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/

Post a Comment

0 Comments