About Me

header ads

Tidak patut penjara 10 tahun hina nabi, kata Kit Siang


KUALA LUMPUR, 10 Mac ― Veteran DAP Lim Kit Siang hari ini menyeru rakyat agar mendukung Perlembagaan Persekutuan dengan saling menghormati kepercayaan agama masing-masing.

Namun wakil rakyat Iskandar Puteri menganggap keputusan Mahkamah Sesyen menghukum penjara 10 tahun kepada individu yang menghina Islam sebagai “keterlaluan”.

“Semua rakyat Malaysia mesti menjunjung Perlembagaan Perekutuan dan menghormati semua agama di Malaysia,” kata pemimpin DAP dalam satu kenyataan hari ini.

“Tetapi tidak sepatutnya hukuman keterlaluan seperti penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen Kuching kepada pengguna media sosial kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad.”

Pada Sabtu, polis memaklumkan seorang lelaki dihukum penjara lebih 10 tahun dan tiga lagi dituduh menghina Islam dan Nabi Muhammad di media sosial.

DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

Post a Comment

1 Comments

  1. Betul, tak patut penjara 10 tahun. Yang patutnya adalah hukuman mati

    ReplyDelete