About Me

header ads

Peguam: Haziq boleh didakwa


KUALA LUMPUR: Setiausaha sulit kanan timbalan menteri perindustrian utama, Muhammad Haziq Aziz yang mengaku sebagai individu bersama lelaki yang didakwa seorang menteri kanan dalam video seks yang tersebar sejak semalam boleh didakwa di mahkamah sekiranya ada laporan dibuat.

Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Zainul Rijal Abu Bakar berkata, laporan itu bagi membolehkan siasatan dilakukan sebelum prosiding pendakwaan dijalankan.

“Perlu ada laporan terlebih dahulu sabelum tindakan diambil,” katanya ketika diminta mengulas mengenai pengakuan Haziq.

Menurutnya, seks luar tabii merupakan satu kesalahan yang termaktub dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah dan Kanun Keseksaan.

“Bagaimanapun seseorang itu tidak boleh didakwa di 2 mahkamah berbeza.

“Sekiranya dituduh di Mahkamah Syariah, maka individu tersebut tidak lagi boleh didakwa di mahkamah sivil,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri sidang media bekas peguam Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Syazlin Mansor anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPM), di sini, semalam.

Zainul berkata, laporan dan pendakwaan itu juga perlu dilakukan di Sandakan dan pihak berkuasa agama negeri Sabah boleh mengambil tindakan.

Beliau mengulas kontroversi terbaru melibatkan Haziq dan lelaki yang didakwa seorang menteri kanan dalam satu skandal seks sejenis.

Susulan penyebaran video itu Haziq membuat pengakuan gempar menamakan dirinya sebagai orang yang dilihat bersama seorang lelaki mirip seorang menteri kanan dalam beberapa klip video seks yang tersebar luas sejak semalam.

Haziq memuat naik video pengakuannya berdurasi 30 saat itu pada kira-kira 3.00 pagi semalam dan turut menamakan menteri berkenaan, yang juga seorang pemimpin kanan PKR.

Menurutnya, perlakuan seks itu dirakam tanpa pengetahuannya pada 11 Mei di Hotel Four Points, Sandakan, ketika pilihan raya kecil Parlimen itu baru-baru ini.


DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

Post a Comment

0 Comments