Ayah kepada Haziq Abdullah Abdul Aziz mendakwa pihak polis menceroboh rumahnya di Kuching, Sarawak.
Menurut Abdul Aziz Ibrahim, 53, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 5 petang semalam ketika di berada di dalam rumah bersama anak perempuannya.
"Kira-kira lima anggota polis, salah seorang memakai ves hijau dan empat yang lain memakai pakaian biasa, menceroboh ke kawasan rumah saya.
"Mungkin mereka berjaya mengakses sistem penggera dan loceng pintu rumah saya tidak berfungsi," katanya seperti dipetik The Sun.
Abdul Aziz berkata, kumpulan individu itu tiba menaiki kereta peronda polis.
"Mereka tidak menunjukkan sebarang pengenalan diri yang menunjukkan mereka polis tapi saya anggap mereka polis kerana kereta yang mereka naiki dan salah seorang pegawai memakai ves polis. Bagaimanapun, mereka ada kata mereka dari ibu pejabat polis Bukit Aman.
"Mereka tak apa-apakan saya atau anak perempuan saya. Mereka hanya mahu tanya saya tentang anak saya. Cuma mereka agak tegas dan cara mereka datang rumah buat saya rasa gemuruh," katanya.
Abdul Aziz, yang membuat laporan berhubung kejadian itu di balai polis daerah Kuching berkata dia disoal tentang lokasi anaknya dan latar belakang keluarganya.
Haziq menjadi tumpuan selepas mendakwa dirinya merupakan salah seorang individu dalam klip video yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali.
Azmin menafikan dakwaan berkenaan dan menyifatkan ia sebagai plot bagi merosakkan kerjaya politiknya.
Haziq, 27, yang juga merupakan ketua Pemuda PKR Santubong semalam membuat laporan polis di Kelana Jaya dan mendakwa dia bimbang dengan keselamatan dirinya.
Haziq sudah digantung tugas sebagai setiausaha sulit kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama Shamsul Iskandar Md Akin.
DETIKDAILYhttp://www.detikdaily.net/https://www.facebook.com/detikdailyhttps://t.me/detikdaily
0 Comments