About Me

header ads

SKMM buru dalang video seks kaitkan menteri


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kini menjadikan siasatan terhadap video seks mengaitkan Mohamed Azmin Ali sebagai keutamaan mereka, dalam usaha memburu pihak yang bertanggungjawab menyebarkan video tersebut.

Pengerusi SKMM Al-Ishsal Ishak berkata SKMM, sebagai sebahagian daripada jawatankuasa jenayah siber bersama-sama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) PDRM, telah memulakan siasatan setelah menerima laporan polis yang dibuat Selasa lalu.

"Kami sedang melakukan proses siasatan yang biasa dengan polis mempercepatkan perkara ini memandangkan ia membabitkan kepentingan nasional.

"Kami sedang berusaha bersungguh-sungguh," katanya kepada media di ibu pejabat SKMM di Putrajaya hari ini.

Dikongsi individu tidak dikenali di Whatsapp pada Selasa lalu, video itu menunjukkan perlakuan seksual antara dua lelaki dengan salah seorangnya dikatakan mirip menteri hal ehwal ekonomi itu.

Ketua Pemuda PKR Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz mengaku dia salah seorang dalam video itu manakala Azmin menafikannya.

Rabu lalu, satu lagi video dikongsi kepada media dan ahli politik PKR, juga menerusi Whatsapp.

Haziq telah membuat laporan polis dengan niat untuk menyangkal tuduhan yang dilemparkan terhadapnya termasuk oleh warganet dan tentera siber.

Semalam Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador mengesahkan polis sedang menyiasat perkara itu dan mereka mungkin memanggil atau atau tidak memanggil individu dalam video itu.

Mengulas video itu, Al-Ishsal berkata setelah melihatnya jelas ia telah dirancang.

"Sebagai rakyat Malaysia, kita tak mahu hidup dalam masyarakat begini - yang menggunakan kemudahan teknologi untuk menyebarkan maklumat dan kandungan yang tak sahih.

"Menyebarkan kandungan lucah salah di sisi undang-undang. Jangan sebarkan," katanya lagi.

Ke arah ID digital


Al-Ishal mengambil maklum bahawa pendaftaran nombor telefon sahaja tidak memadai.

"Undang-undang mengatakan anda perlu daftar (maklumat peribadi) untuk nombor telefon. Tetapi (orang) boleh daftar guna identiti orang lain. Jadi ini masalah.

"Kita mendalami isu ini dan tanganinya satu persatu."

Katanya, ID digital akan menjadi alat pada masa akan datang untuk memantau kegiatan atas talian dan membasmi akaun digita palsu.

"Kita tahu kabinet telah luluskan kajian tentang digital ID. Ia boleh menjadi alat, bukan saja di Malaysia tetapi negara lain, di mana kita ada ID digital yang sama dengan kad pengenalan," katanya.

Al-Ishsal berkata gangguan dan fitnah daripada akaun palsu merupakan rungutan paling banyak yang diterima SKMM dalam masa tiga tahun ini.



DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

Post a Comment

1 Comments

  1. Dunia bosan cara PKR berpolitik....seks, gaduh, puak, giler jwtn, bergaduh sesama dia - semuanya org meluat..

    ReplyDelete