About Me

header ads

UMNO, BN Tak Dapat Halang Ahli Parlimen Sokong Anwar


KUALA LUMPUR – UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak dapat menghalang ahli-ahli Parlimen parti itu untuk mengambil keputusan menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhasrat menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana, UMNO dan BN bukan merupakan parti komponen Perikatan Nasional (PN).

“Sebagaimana diketahui umum, UMNO dan BN bukan merupakan parti komponen PN. Sokongan kepada kerajaan PN merupakan sokongan dari ahli-ahli Parlimen sahaja.

“UMNO dan BN tidak dapat menghalang Ahli-Ahli Parlimen yang mengambil keputusan untuk menyokong Anwar bagi menyatakan hasrat beliau,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, ramai Ahli Parlimen UMNO dan BN telah menyuarakan sokongan bagaimanapun beliau tidak menjelaskan secara terperinci bentuk sokongan tersebut.

“Saya dimaklumkan ramai ahli-ahli Parlimen UMNO dan BN yang telah menyatakan sokongan. Saya menghormati pendirian Ahli-Ahli Parlimen berkenaan,” katanya.

Terdahulu Anwar dalam sidang media tergempar hari ini mendakwa beliau mempunyai majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan baharu dalam masa terdekat.

Beliau menegaskan pada saat ini kerajaan pimpinan PN di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah jatuh. – Sinar Harian




______
DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

Post a Comment

0 Comments