About Me

header ads

GRS dianggap bacul jika tunduk gesaan pertubuhan Cina


BANGI, 16 Safar 1442H, Ahad
– PEMBELA akan mengklasifikasikan kerajaan Sabah dipimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai bacul sekiranya melantik wakil kaum Cina dalam Kabinet baharu negeri itu, kata Naib Pengerusinya, Cikgu Izzat Johari.

Sebelum ini, Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) menggesa kerajaan negeri, mencalonkan beberapa wakil dari kaum Cina untuk diletakkan ke dalam Kabinet Sabah.

Bukan hanya FCAS, malah Persekutuan Persatuan-Persatuan Pengurus Sekolah Cina Malaysia Sabah (Dong Zong Sabah) juga menyuarakan gesaan sama supaya melantik menteri berketurunan Cina dalam Kabinet GRS.

Sementara itu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor berkata, ketiadaan wakil Cina dalam Kabinet baharu akan dibincangkan dalam kalangan pemimpin PN, Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Mengulas perkara itu, Cikgu Izzat menyifatkan Dong Zong yang lantang mempertahankan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan sekolah vernakular tidak berhak menuntut apa-apa pun sebenarnya. 

“Apa kapasiti mereka untuk menuntut? PEMBELA tidak ragu-ragu akan memastikan MCA, DAP terus gagal dalam mana-mana kawasan jika mereka bertanding kelak. 

“Kita mahu pemimpin Islam berwibawa menerajui kerajaan Malaysia. Apabila pemimpin Islam berwibawa yang mentadbir negara, tiada bangsa akan ketinggalan. 

“Undang-undang Islam boleh dilaksana, kedaulatan negara akan kembali kukuh dan kebajikan rakyat akan terpelihara,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net

Bagaimanapun, katanya, perkara itu bergantung kepada sejauh mana pendirian parti UMNO, PAS dan Bersatu untuk menegakkan agenda Islam dalam negara.

“Jika mereka berani atau tidak, itu sahaja. Kuasa ketiga sedang digerakkan untuk menjadi timbang tara kepada UMNO, PAS dan Bersatu,” katanya lagi.




______
DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

Post a Comment

0 Comments