About Me

header ads

MB Selangor minta maaf langgar kuarantin, turun pantau isu air


KUALA LUMPUR, 5 Okt —
Menteri Besar Selangor memohon maaf kerana terpaksa keluar dari kuarantin di rumah untuk menyelesaikan isu pencemaran sungai hingga menjejaskan bekalan air.

Namun Datuk Seri Amirudin Shari berkata beliau mengambil langkah keselamatan dengan memakai pelitup dan pelindung muka.

“Saya mohon maaf terpaksa keluar dari kuarantin malam ini untuk menyelesaikan isu pencemaran yang memberi kesan pada rakyat Selangor.

“Namun saya mengambil langkah berjaga-jaga dengan memakai ‘face shield’, ‘face mask’ juga kedua-dua ujian saringan saya menunjukkan keputusan negatif,” catatnya di Twitter malam tadi.

 Amirudin menjalani proses kuarantin di rumah selepas pulang dari berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bulan lalu.

Dianggarkan 309,605 akaun pengguna di wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat, dan Sepang mengalami gangguan bekalan air sejak semalam ekoran penghentian tugas loji rawatan air (LRA) Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi dekat Shah Alam.

Dilaporkan berlaku pencemaran bau di Sungai Batang Benar, Negeri Sembilan dan mengalir sejauh 30 kilometer ke Sungai Semenyih.

Siasatan awal Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan mengenal pasti sebuah ladang itik di Kuala Sungai Pajam dan kilang memproses telur ayam di Nilai berkemungkinan sebagai punca pencemaran.



______
DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

Post a Comment

1 Comments

  1. itik dgn ayam dimangsakan.

    sedangkan banyak lagi kilang lain yg terlibat.

    ReplyDelete