About Me

header ads

MB kena letak jawatan jika enggan jadi presiden kelab golf


KUALA LUMPUR, 27 Mac — Menteri besar Negeri Sembilan harus kekal sebagai presiden Kelab Golf Antarabangsa Seremban (SIGC).

Bekas setiausaha SIGC berkata Datuk Seri Aminuddin Harun tidak dibenar melepaskan jawatan presiden sehingga meletak jawatan menteri besar.

“Perkara 15.1.1 menyatakan presiden haruslah seseorang yang pada masa itu memegang jawatan menteri besar Negeri Sembilan.

“Ini bermakna beliau hanya boleh meletak jawatan presiden jika melepaskan jawatan menteri besar,” kata Shanjoy Choudhury kepada Free Malaysia Today.

Beliau berkata Aminuddin boleh kekal sebagai presiden SIGC namun tidak perlu mempengerusikan mesyuarat dan tidak hadir aktiviti kelab.

Katanya, perkara itu pernah dilakukan bekas menteri besar Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.


DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

Post a Comment

1 Comments