About Me

header ads

Nak Pantau Ladang Tak Perlu Kereta Terbang, Dah Lama Dron Digunakan


KUALA LUMPUR – Hasrat Kementerian Pembangunan Usahawan yang menyasarkan penggunaan kereta terbang untuk kegunaan industri seperti pertanian serta pengangkutan awam disindir Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Bekas Timbalan Menteri Kewangan itu berkata, adalah lebih wajar untuk Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Md Yusof mencadangkan pembinaan basikal terbang berbanding kereta terbang.

Menurut Ahmad, jika kereta terbang dicipta rakyat terpaksa membayar cukai jalan dan tol.

“Untuk pengetahuan menteri alat untuk pantau ladang atau pengangkutan awam dari atas sudah lama ada iaitu menggunakan dron. Kenapa perlu susah-susah bina kereta terbang semata-mata untuk pantau ladang?”

“Daripada menteri cadang buat kereta terbang baik buat basikal terbang lagi bagus. Kalau buat kereta terbang nanti kena bayar tol, cukai jalan lagi,” kata Ahmad dalam satu hantaran di Facebook.

Redzuan semalam dilaporkan berkata, bagi industri pertanian, kereta terbang boleh digunakan untuk memantau ladang-ladang selain turut digunakan untuk menjaga keselamatan di sempadan negara.

Beliau berkata, prototaip kereta terbang dijangka siap seawal-awalnya Jun ini dan kos penghasilan prototaip itu tidak melebihi RM1 juta selain ia dibiayai oleh pihak swasta.

Kelmarin, ketika di Melaka, Redzuan dilaporkan berkata, kereta terbang yang bakal direalisasikan tahun ini hanya untuk kegunaan industri pengangkutan dan bukan untuk dijual kepada orang awam. – UTUSAN


DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/

Post a Comment

0 Comments