About Me

header ads

Walau sukar, PAS sedia 'maafkan' Umno, kata mursyidul am


KUALA LUMPUR, 7 Mac — PAS bersedia memaafkan semua kesalahan yang dilakukan Umno sebelum ini demi perpaduan ummah.

Mursyidul amnya berkata ia selari dengan akhlak yang ditunjukkan Nabi Muhammad dalam mengembangkan ajaran Islam, lapor Berita Harian.

“Sedangkan Rasulullah boleh memaafkan orang (Umar Al-Khattab) yang dahulunya mahu membunuh baginda, kemudian mereka bersama-sama berjuang memartabatkan Islam.

“Inikan pula kita sesama agama dan hanya berbeza ideologi politik, jadi kerjasama PAS dan Umno adalah demi agama Islam serta hak orang Melayu di negara ini,” kata Datuk Hashim Jasin.

Umno pada Selasa mengumumkan kerjasama rasmi bersama PAS terutama dalam isu pilihan raya.


DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/

Post a Comment

0 Comments