About Me

header ads

Anwar Perlu Segera Jadi PM, Rakyat Akan Kembali Percaya Kepada PH – Adun PKR


KUALA LUMPUR — Peralihan pucuk pimpinan perlu disegerakan untuk “memperbetul keadaan” berikutan kekalahan Pakatan Harapan dalam dua pilihan raya kecil (PRK).

Wakil rakyat PKR (Batu Uban) Kumaresan Aramugam berkata pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri akan menjadi “titik permulaan” untuk mengembalikan kepercayaan rakyat.

“Saya yakin bahawa untuk menentukan hala tuju masa depan PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu diangkat sebagai perdana menteri ke-8 seperti dipersetujui sebelum ini,” katanya.

“Saya berpendapat kekalahan PH di dua PRK bukan kerana rakyat beralih ke parti Barisan Nasional tetapi untuk memberi mesej tersirat kepada PH…” kata ketua Pemuda PKR Bayan Baru.

Yakin pengalaman Anwar sebelum ini akan menjadi “tunjang” kekuatan untuk menjadi pemerintah yang berkesan, beliau berkata PH akan menerima “impak besar” jika lewat bertindak.

“[…] PH perlu segera bangkit dan memperbetul keadaan supaya kerajaan baru ini terus dikekalkan sebagai kerajaan pilihan di PRU15,” kata beliau pada kenyataan media hari ini. – MalayMail



DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/

Post a Comment

0 Comments