About Me

header ads

Pendakwaan panggil 10 saksi dalam kes gubah wang haram Shafee


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dimaklumkan bahawa pihak pendakwaan akan memanggil 10 saksi bagi memberi keterangan dalam kes penggubahan wang haram dan pertuduhan memberi pernyataan palsu membabitkan peguam Muhammad Shafee Abdullah.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Afzainizam Abdul Aziz memberitahu hakim Muhammad Jamil Hussin mengenai perkara itu pagi ini, namun tidak mendedahkan secara khusus saksi terbabit.

"Akan ada 10 saksi (pendakwaan)," kata Afzainizam.

Pada 13 Sept 2018, Shafee didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan pengubahan wang haram dan dua tuduhan memberikan pernyataan palsu membabitkan amaun RM9.5 juta yang didakwa diterima daripada bekas perdana menteri Najib Razak.

Pada 3 Okt 2018, kes berkenaan dipindahkan dari mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Semasa sebutan kes di hadapan Jamil pagi ini, Afzainizam dan peguam bela tertuduh Sarah Abishegam meminta tarikh perbicaraan ditetapkan tahun depan.

Sarah memberitahu mahkamah bahawa terdapat dua rayuan di Mahkamah Rayuan berkaitan dengan kes jenayah dihadapi Shafee sekarang.

Rayuan pertama membabitkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan Shafie untuk membatalkan kelayakan bekas hakim mahkamah persekutuan Gopal Sri Ram daripada mendakwa tertuduh.

Rayuan kedua berkaitan keputusan berasingan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak satu lagi permohonan peguam berkenaan agar Sri Ram dilucutkan kelayakan sebagai pendakwa dalam kes penggubahan wang haram dan pernyataan palsu tersebut.

Sarah juga meminta mahkamah ketika menetapkan tarikh perbicaraan tahun depan untuk mempertimbangkan bahawa Shafee perlu mewakili Najib dalam perbicaraan rasuah berkaitan RM2.28 bilion dana 1MBD tahun depan.

Perbicaraan Najib sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang berasingan.

Jamil kemudian menetapkan 10 hari bermula dari 7 Mei tahun depan untuk perbicaraan kes penggubahan wang haram dan pernyataan palsu tersebut.

Selain 7 Mei, tarikh perbicaraan lain ditetapkan pada 21 dan 28 Mei, 4 dan 11 Jun, 1, 2, 22 dan 23 Julai dan 6 Ogos tahun depan.



______
DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

Post a Comment

0 Comments