About Me

header ads

Sarawak tutup pos sempadan sehingga 3 Disember


KUCHING:
Sarawak menutup pintu masuk sempadan sehingga 3 Disember depan berikutan peningkatan semula kes COVID-19 di negara ini.

Turut ditutup dalam tempoh sama, pelabuhan yang membabitkan urusan dengan Indonesia dan Filipina

Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sempadan, Tan Sri Dr James Jemut Masing, berkata Sarawak tidak mempunyai pilihan kecuali bertindak tegas bagi melindungi rakyat daripada pandemik COVID-19.

"Kami (Jawatankuasa Sempadan) juga mengesyorkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (SMDC) untuk mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) terhadap pengunjung dari Sabah dan Semenanjung.

"Langkah ini perlu kerana gelombang baharu COVID-19 mungkin menyerang negara kita," katanya.

Beliau turut menggesa supaya langkah kawalan yang ketat perlu dilaksanakan di tempat kerja serta ladang yang mempunyai ramai pekerja asing.

"Sekarang Sarawak hampir bebas dari wabak itu, namun dikhuatiri keadaan itu tidak lama jika kita tidak bersedia dengan melaksanakan langkah ketat untuk menghadapinya.

"Lebih baik melaksanakan langkah pencegahan yang ketat daripada kita menyesal kemudian nanti," katanya.




______
DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

Post a Comment

0 Comments