About Me

header ads

Kerjasama UMNO dan PAS demi perpaduan ummah bukan sahaja langkah ke Putrajaya


“Ingat, ia bukan sekadar langkah ke Putrajaya, bahkan ia adalah sebuah jaminan pembinaan sebuah Malaysia yang benar-benar segar dan maju.”

Demikian ditegaskan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz ketika mengulas mesyuarat rasmi pertama UMNO dan PAS di Menara Dato Onn di Kuala Lumpur, hari ini, serta keputusan yang dicapai.

Menyifatkan bahawa pertemuan barisan kepemimpinan itu sebagai hari bersejarah buat Malaysia, beliau mengucapkan tahniah kepada semua yang terbabit sejak awal hingga mesyuarat itu berjaya diadakan.

“Selepas hampir 70 tahun, buat kali kedua dalam sejarah pahit manis perjuangan politik negara, UMNO dan PAS hari ini berjaya duduk semeja bagi membincangkan secara lebih serius usaha ke arah kerjasama yang lebih rapat di antara kedua parti tersebut di dalam politik negara dan penyatuan umat.

“Ia adalah langkah penuh berkat, ternyata benar dan begitu dinantikan. Bagaimana ia boleh berlaku, kita kembalikan kepada satu kalimat yang paling teguh, bahawa ia adalah daripada doa yang berterusan dan penuh ikhlas daripada para pejuang yang begitu mengimpikan kesatuan, kekuatan dan kejayaan umat Islam dalam negara.

“Hari ini adalah permulaan dan langkah pertama. Ia bukan mudah, tetapi tidaklah terlalu sukar. Jika ada keikhlasan, kesukaran akan beriring kemudahan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam UMNO dan PAS hari ini, kedua-dua pihakmengumumkan kerjasama rasmi demi ummah, tetapi bukannya pembentukan sebuah blok pembangkang seperti yang diharapkan ramai pihak.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, penyatuan ummah yang diwujudkan akan menjamin kestabilan negara, tanpa meminggirkan masyarakat majmuk yang lain.

Sementara Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan kerjasama ini bukanlah penyatuan parti, tetapi adalah demi penyatuan ummah.

“Tidak ada simbol baru, sebab ini bukan penyatuan dua parti, ini adalah gerak kerja usahasama dua parti untuk menterjemahkan agenda penyatuan ummah,” katanya.


DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/

Post a Comment

0 Comments