About Me

header ads

Tahniah Pas Dan Umno Atas Jalinan Kerjasama Politik Secara Rasmi!


1. Rakyat ucap tahniah kepada PAS dan UMNO dan kita mendoakan kerjasama politik ini akan membawa kebaikan kepada orang Melayu dan Islam.

2. Walaupun pelbagai tohmahan diberikan oleh pihak-pihak yang benci kepada perpaduan Melayu, tetapi rakyat mengharapkan agar pimpinan dari kedua-dua parti ini meneruskan agenda kerjasama ini.

3. Selaku bangsa majoriti, sudah tentu apa-apa persepakatan antara kita akan membawa kejayaan dan kebaikan untuk Melayu dan Islam. Ini sangat menggerunkan DAP dan pihak sekutu-sekutu serta pecinta-pencinta liberalisme.

5. Secara statistiknya, kerjasana ini pastinya akan membawa kejayaan dlm Pilihanraya Umum ke-15 nanti dengan bilangan kerusi lebih dari 112.

6. Kegagalan kerjasama ini bukanlah disebabkan orang luar tetapi musuh dalaman. Jadi kedua-dua pihak ini mesti berhati-hati dengan mengawal ahli masing-masing. Pasti tidak semua akan bersetuju namun yang penting ialah para pimpinan perlu tetap bersepadu dan bersefahaman.

7. DAP akan kepanasan dan bara ini akan terus menyala memanaskan jiwa mereka. Itu fitrah Islam, setiap kebaikan akan menikam jiwa kuffar.

8. Akhir sekali, diharapkan harapan rakyat ini tidak dihampakan dan pastikan kerjasama politik ini akan meletakkan Islam dan nasib bangsa Melayu di hadapan.

Tn. Hj. Aminuddin Yahaya
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
5 Mac 2019



DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/

Post a Comment

0 Comments