About Me

header ads

MT Umno bincang masa depan BN hari ini


Susulan cadangan pembubaran BN dari parti komponennya, Majlis Tertinggi Umno dijangka mengadakan mesyuarat bagi membincangkan masa depan gabungan itu hari ini.

The Malaysian Insight memetik Ahli Majlis Tertinggi Umno Armand Azha Abu Hanifah mengesahkan mesyuarat itu.

"Majlis Tertinggi Umno akan bersidang hari ini bagi membincangkan perkara ini. Saya minta semua pihak bersabar sehingga mesyuarat selesai," katanya dipetik sebagai berkata.

Mesyuarat itu dijangka diadakan pukul 3 petang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno itu diadakan sehari sebelum BN mengadakan mesyuarat majlis tertinggi.

Awal minggu ini, MCA dan MIC memberi gambaran kemungkinan akan meninggalkan BN dan menyertai pakatan baru, susulan sikap "terus membisu" Umno mengenai kenyataan perkauman daripada parti itu, termasuk daripada setiausaha agung BN Nazri Abdul Aziz.

Menurut MCA dan MIC asas kesefahaman dalam BN hari ini tidak lagi dihormati.

“MCA dan MIC tidak ada pilihan lain kecuali untuk meneruskan langkah untuk meneroka pakatan baru yang menggambarkan tujuan sebenar penyatuan dalam kepelbagaian dalam niat asalnya,” kata kedua-dua parti dalam satu kenyataan bersama.

Pada perhimpunan agungnya tahun lalu, MCA meluluskan resolusi untuk mengusulkan pembubaran BN.

BN yang sebelum ini mempunyai 13 parti komponen kini hanya berbaki tiga parti susulan kekalahan pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 pada Mei tahun lalu.



DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/

Post a Comment

0 Comments