About Me

header ads

Usah peduli hasutan Guan Eng, fokus pada perpaduan kata Presiden Isma


Kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang mendakwa kerjasama UMNO-PAS sebagai ‘isyarat perang’ terhadap orang bukan Melayu dan Islam di negara ini, disifatkan sebagai menghasut dan strategi DAP untuk mengawal negara.

Mengakui sejak dahulu parti tamak haloba mengamalkan konsep pecah perintah, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Haji Aminuddin Yahaya mengingatkan rakyat supaya tidak mempedulikan apa sahaja ugutan pimpinan cauvinis.

Sebaliknya, beliau mahu rakyat terus menyokong perpaduan orang Melayu, termasuk kerjasama antara UMNO-PAS, yang sama sekali tidak akan mengenepikan bangsa lain, tetapi sekadar memastikan hak bangsa Melayu dan agama Islam terpelihara.

Selama ini, katanya, DAP tidak pernah membela ekonomi orang Melayu, malah mereka lagi cuba leburkan bahasa kebangsaan.

“Agama Islam cuba disamakan dengan agama-agama lain. Ini semua membuktikan DAP tidak pernah kisah dengan nasib dan sensiviti orang Melayu, sebaliknya mendakwa memperjuangkan kesatuan rakyat.

“Adakah DAP benar-benar ikhlas utk menyatupadukan rakyat? Kalau benar, kenapa DAP membisu dalam isu UEC, sekolah vernakular, penghinaan terhadap nabi, rusuhan kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, kematian Adib dan sebagainya?

“Ini semua hanya menunjukkan sikap hipokrit mereka yang cakap tak serupa bikin,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Malaysiakini melaporkan kenyataan Guan Eng yang mendakwa kerjasama antara UMNO dan PAS adalah ‘perang’ ke atas masyarakat bukan Islam di bawah penyatuan Melayu.

Bagaimanapun selepas dikecam teruk, istilah ‘perang’ dalam kenyataan itu telah ditukar kepada ‘sasaran’.

Terdahulu, UMNO-PAS mengumumkan kerjasama rasmi demi penyatuan ummah, walaupun bukan sebagai blok pembangkang.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, penyatuan ummah yang diwujudkan akan menjamin kestabilan negara, tanpa meminggirkan masyarakat majmuk yang lain.


DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/

Post a Comment

0 Comments